top of page

TERMA & SYARAT

  • Salinan MyKad bakal penyewa kereta

  • Salinan Lesen Memandu penyewa yang sah dan belum expired

  • Kad Pelajar sekiranya penyewa seorang pelajar

  • Kad Pekerja / Slip Gaji Terkini bagi yang Bekerja

  • Kad Perniagaan (Business Card) bagi yang berkerja sendiri

  • Surat Tender bagi tujuan tender (badan berkanun / kerajaan)

  • Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan Security Deposit perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa samaada melalui online banking ataupun secara Cash.

  • Kadar bayaran Security Deposit minimum RM 200  bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang Security Deposit akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik dan bebas daripada saman trafik/DBKK.

  • Sekiranya penyewa ingin menempah awal kereta sewa untuk tarikh yang tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM 50 sebagai booking fee . Jumlah ‘booking fee’ ini adalah bergantung kepada jenis kereta sewa dan tempoh sewa.

  • Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM 35/jam (bergantung kepada jenis kereta).

  • Untuk penggunaan kereta sewa ke luar kawasan caj jarak jauh akan dikenakan sebanyak RM 250.

  • Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum RM 300 akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan.

  • Sejumlah RM 200 mesti dibayar untuk menanggung kos pembersihan kusyen dan karpet jika berlaku kekototan bahagian dalaman kereta akibat tumpahan air / minyak / muntah / najis / dalam tempoh sewaan.

  • Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan seperti saman trafik, PDRM, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

  • Penyewa bertanggungjawab membuat kesemua bayaran parking dan mematuhi syarat-syarat larangan parking di kesemua tempat yang ditujui.

  • Sekiranya penyewa ingin khidmat penghantaran/ambil kereta sewa luar Kawasan bandar Kota Kinabalu, cas akan dikenakan dan jumlahnya adalah bergantung kepada lokasi.

  • Anda tidak dikenakan caj bagi pengambilan & penghantaran kereta di sekitar Airport Kota Kinabalu dan hotel-hotel sekitar bandar Kota Kinabalu.

  • Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

  • Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

  • Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain.

  • Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

  • Sekiranya berlaku tayar pecah dan rim kereta kemek akibat kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh penggewa.

  • Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan e-hailing seperti Grab, MyCar dan lain-lain perkhidmatan e-Hailing.

  • Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan pindah barang yang melebihi muatan.

  • Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan pengangkutan barangan pertanian, basah atau perikanan.

  • Jika berlaku kemalangan, jumlah bayaran PENALTI Dikenakan:

    • RM 10,000.00 [Total Loss]

    • RM 3,000.00 [Sedan (Small car) & MPV]​

    • RM 5,000.00 [VAN, Fortuner, Vellfire, Alphard & any 4X4 vehicle]

               

                  "KEPUASAAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI"

Copyright @ 2017 Keretasewasabahborneo. All Rights Reserved. Powered by Chaca

bottom of page