top of page

My Channel

My Channel

My Channel
TAMU MINGGUAN KOTA BELUD

TAMU MINGGUAN KOTA BELUD

05:04
Tip of Borneo Simpang Mengayau Kudat Sabah Malaysia

Tip of Borneo Simpang Mengayau Kudat Sabah Malaysia

01:06
Kaki Gunung Kinabalu di Kundasang Sabah

Kaki Gunung Kinabalu di Kundasang Sabah

04:09

LOCATION PAGE

SENARAI HOTEL SEKITAR KOT KINABALU

SENARAI HOTEL SEKITAR KOTA KINABALU

TEMPAT MENARIK SEKITAR KOTA KINABALU

1) PASAR PHILIPINES KOTA KINABALU

Pasar Karftangan Kota Kinabalu di kenali sebagai Pasar Philipines merupakan destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Pasar Kraftangan ini terletak berhadapan dengan Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.  

Bagi penggemar mutiara ini adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkannya samada dalam bentuk rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya.  

Selain itu, Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga menjual kraftangan seperti keychain bagi peminat rantai kunci yang boleh dijadikan cenderamata buat keluarga dan sahabat yang sedang menanti kepulangan anda dari Sabah. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, bermula dari harga yang murah hingga ke mahal. 

Pasar malam Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Pasar malam ini dibuka setiap hari bermula seawal 3 pm sehingga ke lewat malam. Pasar malam ini merupakan destinasi makanan laut bakar yang popular di Kota Kinabalu kerana kepelbagaian makanan laut bakar yang disediakan dengan harga yang murah.

2) JESSELTON POINT WATERFRONT KOTA KINABALU

Dahulu dikenali sebagai Terminal Feri Kota Kinabalu, Jesselton Point Waterfront telah menjadi salah satu tarikan bandar utama di Kota Kinabalu sejak penswastaannya pada Februari 2006.

​

Terletak di utara pusat bandar Kota Kinabalu, tempat menarik yang indah ini mempunyai sejarah yang sangat jelas dengan gambar-gambar lama Kota Kinabalu (Jesselton) dan gerai telefon Inggeris merah vintaj. Jesselton Point Waterfront berfungsi sebagai satu-satunya terminal feri untuk penumpang ke Labuan serta terminal bot utama (dan termurah) untuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan Pulau Gaya.
 

3) PERDANA PARK

Perdana Park seluas kira-kira 18 ekar ini merupakan salah satu daya tarikan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama seawal pukul 7.00 malam. Selain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk berjogging, taman permainan kanak-kanak serta persekitaran yang indah ditumbuhi oleh pokok dan rumput menghijau. Di sini, terdapat juga bangunan yang menempatkan tandas awam, kedai makan, Secret Recipe dan sebagainya. 

4) TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI

Jika anda berada di Kota Kinabalu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Dengan kawasannya yang sangat luas, disini anda boleh melihat pelbagai spesis haiwan yang dilindungi seperti ular, burung, unggas, musang, pelbagai spesis rusa dan sebagainya. Taman hidupan liar ini terletak di jalan lama Penampang- Papar. Ianya mengambil masa kira-kira 30 minit atau sejauh 21 km perjalanan daripada pusat bandar iaitu Kota Kinabalu

5) MUZIUM NEGERI SABAH

Muzium Negeri Sabah merupakan tempat menarik yang paling utama dan berbaloi untuk dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu. Dengan keluasan 17 hektar, tempat bersejarah ini menempatkan bangunan muzium, etanobotani dan sebuah kampung warisan. Terdapat pelbagai artifak dan bahan bersejarah ditempatkan di dalam dan luar bangunan untuk tatapan umum. Muzium ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran kemasukan sebanyak RM 2.00 dikenakan kepada orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 5 tahun.

6) RUMAH TERBALIK & 3D WONDERS MUSEUM

Terletak di Tamparuli, Sabah dan mengambil masa lebih kurang 50 minit masa perjalanan atau sejauh 38km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Rumah ini mulai dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2012 dan sejak itu telah menarik pengunjung dari jauh mahupun dekat. Selain daripada binaan rumah secara terbalik, segala-galanya di dalam rumah, dari perabot ke peralatan rumah tangga, berlegar di atas kepala anda, dimana siling rumah menjadi lantai. Pengunjung akan melihat beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Di dalam garaj, kereta diletakkan terbalik. Keajaiban seni bina ini juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi yang pertama seumpamanya di dalam negara. 

Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.

7) WATER WORLD THEME PARK

Water World Theme Park terletak di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Tempat ini sangat sesuai bagi anda yang telah berkeluarga. Tempat menarik ini dibuka bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 7.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan seawal jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad. Yuran masuk adalah RM 10 bagi orang dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun. Pihak pengurusan taman air juga menyediakan pakej bagi ibubapa yang ingin mengadakan sambutan hari jadi anak mereka di sini. Sila hubungi pihak pengurusan taman untuk keterangan lebih lanjut. Pelbagai kemudahan disediakan terutamanya kepada kanak-kanak seperti gelungsur air, kerusi santai dan sebagainya.

8) MENARA TUN MUSTAPHA

Lokasi Menara Tun Mustapha adalah lebih kurang 5 kilometer atau 15 minit perjalanan daripada pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Menara ini merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah juga merupakan salah satu daripada 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung”. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1976 dan dinamakan sempena ketua menteri sabah yang ketiga, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini berketinggian 30 tingkat dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dan merasakan suasana restoran berputar di tingkat 18 bangunan ini. Musah sahaja untuk mengenali tempat menarik ini kerana anda boleh melihat bangunan ini dari pesisiran pantai jalan Kota Kinabalu ke Universiti Malaysia Sabah.

Borneo Ant House ataupun juga dikenali sebagai Taman Semut Borneo merupakan salah satu tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang terletak di Daerah Tuaran. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang baharu namun mendapat sambutan ramai yang mana telah dibuka kepada kunjungan orang ramai secara rasminya bermula pada 1 Julai 2017. Tempat ini adalah dalam bentuk galeri yang mana mempunyai 3 bilik pameran denga 463 replika semut, warisan budaya serta pedang. Tempat ini juga turut ilengkapi dengan taman tema dengan persekitaran alam semulajadi, rumah pokok moden serta laluan pejalan kaki jambatan gantung san juga dilengkapi dengan kafeteria.

             10) DOUBLE SIX MONUMEN

Double Six Monumen terletak di Sembulan, Kota Kinabalu. Monumen ini dibina sempena memperingati tragedi menyedihkan melibatkan Pejuang Sabah, iaitu Tun Mohd. Fuad Stephens dan 6 Menteri Sabah yang terbunuh dalam kejadian helikopter terhempas pada 6 Jun 1976. Tempat ini dijaga dengan baik dan menjadi tumpuan pengunjung untuk dijadikan latar belakang photo kenangan.

             9) BORNEO ANT HOUSE

Copyright @ 2017 Keretasewasabahborneo. All Rights Reserved. Powered by Chaca

bottom of page